Pakaian Tradisional Di Dunia.

|

My Komunities

Baju Jepun

 

Kimono

Kimono secara literal bermaksud "sesuatu yang dipakai") merupakan sejenis pakaian yang juga merupakan pakaian rasmi negara Jepun. Asalnya, perkataan "kimono" merujuk kepada setiap jenis pakaian, tetapi kini perkataan tersebut dikaitkan secara khususnya dengan pakaian tradisional penuh yang digunakan kaim perempuan, lelaki dan kanak-kanak. Kimono selalu berbentuk T, jubah bergaris lurus yang labuh ke paras pergelangan kaki, beserta kolar dan lengan baju panjang. Secara tradisionalnya, seorang wanita yang belum berkahwin memakai sejenis pakaian kimono yang digelar furisode, yang terdiri daripada lengan baju paras lantai, dalam majlis-majlis tertentu. Kimono selalunya dibalutkan pada tubuh badan, bermula dengan sebelah kirinya di atas sebelah kanannya (kecuali jika disarungkan pada mayat untuk dikebumikan) dan diketatkan dengan sebuah tali pinggang lebar yang digelar obi, di mana ia disarungkan di bahagian belakang. Kimono secara umumnya dipakai bersama-sama kasut tradisional (terutamanya Geta); dan zori sejenis selipar kulit dan sarung kaki jenis belah-kaki (tabi).

Baju Orang Melayu

Baju Melayu Cekak Musang

Istilah ini berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju, tengkuk ‘cekak’ tinggi atau leher tegak empang leher. Pengertian ‘cekak musang’ merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.

Baju Kurung Riau

Baju berbelah ini seakan-akan kebaya pendek. Baju Riau juga disebut 'Engku Puteri atau Raja Hamidah' puteri pada Raja Haji iaitu Yang Dipertuan Muda Riau yang kelima dari keturunan Bugis. Pada umumnya baju traisional melayu untuk kaum laki-laki biasanya dilengkapi dengan kain Songket.

Baju Kurung Riau

Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh lelaki dan perempuan. Perbezaannya terletak pada bahagian kocek iaitu lelaki mempunyai tiga kocek manakala perempuan mempunyai satu kocek serta perbezaan daripada segi pemakaian.[1] Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’ anggota tubuh. Cara ini menepati konsep pakaian cara Melayu setelah kedatangan Islam, sehinggalah istilah ‘kurung’ diertikan sebagai baju yang selesa dan longgar, labuh atau panjang. Sehingga disebut dengan berbagai-bagai nama misalnya ‘baju kurung bernyawa’ walaupun mempunyai pelbagai nama namun baju kurung telah menampilkan ciri-ciri tersendiri.

Baju Orang Cina

Samfoo(Lelaki/Perempuan)

Baju tradisional yang pertama adalah pakaian samfoo. Samfoo bermaksud 'baju dan seluar' dalam dialek kantonis. Samfoo merupakan pakaian harian wanita keturunan cina selain dari 'cheong sam'. Ia diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus. Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh kaum wanita cina. Baju tradisional yang kedua adalah cheong sam. Cheong sam juga dipakai oleh wanita yang berketurunan cina. Cheong sam biasa dipakai pada upacara-upacara tertentu seperti majlis perkhawinan dan semasa Tahun Baru Cina. Ia mula diperkenalkan semenjak revolusi di negara China

Baju Orang India

Baju tradisional kaum india yang pertama adalah pakaian sari. Sari adalah pakaian bagi kaum perempuan dan ia merupakan pakaian seharian. Sari adalah sehelai kain yang tidak dijahit, berlingkungan dari empat ke sembilan meter pada panjanganya yang ditadbir ke atas badan dalam pelbagai gaya. Gaya yang terumum adalah dengan membalut sari di keliling pinggang, dengan satu hujung menabir ke atas bahu mendedahkan bahagian torso dekat pinggang. Baju tradisional kaum india yang seterusnya adalah pakaian Dhoti. Dhoti biasanya dipakai oleh kaum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain empat segi yang berwarna putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkutkan pada bahu.

Sari

Sebenarnya banyak lagi pakaian tradisional di dunia ni. Tapi baru ini je yang Admin sempat tunjukkan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...